Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, 2 June 2010

Malaysia oh Malaysia..Permai lagi mempesona???

Keadaan semasa kat Malaysia nie dari pemerhatian aku, dah tak jauh dah bezanya dengan US tue.......

Kes bunuh dah berlambak-lambak, kes rogol pun makin hari makin ramai rakyat Malaysia nie yang jadi perogol dan mangsa rogol......, rompakan.... jangan cakaplah terernya rakyat-rakyat Malaysia yang ada sekarang nie..... sampaikan 2.5 juta boleh lesap dalam masa 3 minit....!!! Mak uih.... hebat tul!!!!
Maka di situ kita boleh menilai sejauh mana keberkesanannya peranan pihak berkuasa di dalam menjalankan kerja mereka. Kita akui mereka telah melakukan kerja mereka dengan cukup hebat sehinggakan kumpulan-kumpulan gengster dan penyamun yang bermaharajalela dah dapat ditangani oleh mereka....... Itu memang dah diakui, bilamana kita baca kat dalam media-media arus perdana......!! Tapi malangnya, kita lupa muhasabah balik, apakah ianya benar-benar telah mampu membendung segenap aspek kejahatan yang sedang berlaku di negara kita ini khasnya dan seluruh dunia amnya......?? Adakah pernah kita tanyakan soalan ini pada diri kita? Dan pernahkah kita memikirkan satu kaedah yang paling sesuai unutk diterima pakai bagi menangani segala macam gejala yang memporak-perandakan masyarakat dunia sekarang ini??

Dan sudah pasti, setelah kita kaji dan teliti (sebagai seorang yang beragama Islam) dengan berpandukan al-Quran dan al-Sunnah....... kita memang telah diperuntukkan oleh Zat yang menciptakan kita ini dengan satu undang-undang yang mana ianya boleh diterima-pakai oleh sesiapa juga, dimana-mana juga, tak kira tempat, masa, zaman dan segala2nya....

Apakah kita masih sangsi lagi dengan perkara ini?? Apakah ciptaan Allah yang lebih hebat, ataupun ciptaan manusia/makhluk yang lebih hebat.....?? Sedangkan kalau dibangkitkan kembali semua sekali manusia yang pernah hidup kat muka bumi nie, untuk menciptakan seekor nyamuk pun dah pasti mustahil untuk dilaksanakan oleh kita..... Fikirkanlah....

Kenapa kita masih suka untuk bersekongkol dengan puak2 yang dah terang2 merompak harta rakyat, memperkosa tanah2 rakyat, membunuh sumber rezeki golongan bawahan dan seribu satu macam lagi kepalsuan yang sekarang semakin jelas kelihatan satu persatu..... Butakah kita untuk melihat semua ini?? Ataupun sengaja membutakan diri untuk menjaga kepentingan diri semata2??

Rukun Islam itu 5........ dan salah satu darinya adalah percaya kepada kitab.... dan di dalam kitab itulah terkandungnya suatu hukum yang dikenali sebagai HUKUM HUDUD.... Adakah masih beriman kita setelah HUKUM yang tercatat di dalam kitab itupun kita dah hilang keyakinan...?? Tepuk dada, tanya IMAN!!

Wallahua'lam!

No comments:

Post a Comment