
Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang
Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (jangan pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk renggang-renggang)
Bertambah sayang (bertambah sayang)
Biar malu-malu (biar malu-malu)
Biar segan-segan (biar segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman
Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya
Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah
begitulah sedikit sebanyak lirik lagu kalau berpacaran oleh Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet
assalamualaikum wbt kepada semua pembaca. melalui lirik lagu di atas, agak-agak dah boleh teka entri saya kali ini mengenai apa, kan? cuba anda semua tengok sekeliling anda.berapa ramaikah pasangan-pasangan yang bercinta? ramai bukan? maksud saya di sini ialah percintaan antar lelaki dan wanita yang bukan muhrim iaitu mereka yang boleh berkahwin. ya, bercinta memang tidak salah tapi persoalannya siapakah yang layak bercinta? semua orang? kurang tepat jawapan itu. jawapan yang sebenarnya ialah semua orang yang sudah berkahwin. hal ini kerana, lebih banyak keburukan apabila manusia itu bercinta sebelum kahwin daripada sesudah berkahwin. macam-macam masalah yang akan timbul. setuju tak? semua ini termasuk dalam kategori yang menjadi larangan Allah swt. misalnya berpegangan tangan antara pasangan yang tidak sah ikatannya, berpelukan sesama mereka dan macam-macam lagilah. betul ke tidak?
dalil Allah:
"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul- Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan SESIAPA YANG TIDAK TAAT KEPADA HUKUM ALLAH DAN RASUL-NYA, maka sesungguhnya ia telah SESAT DENGAN KESESATAN YANG JELAS NYATA.” (Surah al-‘Ahzab (33); Ayat 36)
sesungguhnya bercinta tanpa ikatan yang sah adalah satu perkara yang mendekatkan diri dengan zina. sebab apa? hal ini jelas apabila terdapat:
- larangan bercinta sebelum bernikah
“Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai KECUALI NIKAH .” (Hadith Riwayat Ibnu Majah
- larangan kepada perempuan membuat suara menggoda kepada lelaki bukan mahram
“..maka JANGANLAH KAMU TUNDUKKAN (LUNAKKAN) SUARA dalam berbicara sehingga berkeinginanlah mereka yang ada di dalam hatinya “penyakit” , dan ucaplah (kata-katamu) dengan ucapan yang baik.” (Surah al-‘Ahzab (33): Ayat 32)
-larangan mendekati zina
“Dan janganlah kamu MENDEKATI ZINA , sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yg KEJI dan JALAN YANG BURUK.” (Surah al-‘Isra' (17): Ayat 32)
"Kedua-dua TANGAN JUGA BERZINA dan zinanya adalah menyentuh. Kedua KAKI JUGA BERZINA dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. MULUT JUGA BERZINA dan zinanya adalah ciuman.” (Hadith Riwayat Muslim dan Abu Daud)
“Dua MATA ITU BOLEH BERZINA melalui PANDANGANNYA .” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat PANDANGAN MEREKA (DARIPADA MEMANDANG YANG HARAM), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan.” (Surah an-Nur (24): Ayat 30)
“Sekiranya seseorang itu MENCUCUK KEPALANYA DENGAN JARUM BESI, ITU ADALAH LEBIH BAIK baginya dari menyentuh perempuan yang tidak halal baginya.” (Hadith Riwayat Tabrani)
“Pandangan adalah ANAK PANAH BERACUN DARI ANAK-ANAK PANAH IBLIS, sesiapa yang menjauhinya kerana takutkan Aku maka Aku akan gantikannya dengan keimanan yang terasa kemanisannya di dalam hati.” (Hadith Riwayat Hakim dan Tabari)
-larangan berdua-duaan dengan perempuan bukan mahram
"Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali YANG KETIGANYA ,SYAITAN .” (Hadith Riwayat Tabrani)
“Jauhilah daripada BERDUA-DUAAN DENGAN PEREMPUAN . Demi diriku yang berada dalam tangan- Nya, tidaklah berkhalwat dua orang lelaki dan perempuan kecuali ada syaitan di antara mereka. Dan jika sekiranya seorang lelaki BERHIMPIT DENGAN SEEKOR BABI YANG BERLUMURAN LUMPUR , dan kotoran itu LEBIH BAIK BAGINYA dari berhimpit bersentuhan bahu dengan perempuan yang tidak halal baginya.” (Hadith Riwayat Tabrani)
“Nabi s.a.w. memerintahkan para wanita agar berjalan di tepi laluan jalan, tidak di tengah, kerana MENGELAKKAN MEREKA DARI BERCAMPUR DENGAN LELAKI.” (Hadith Riwayat Abu Daud)
“Janganlah kamu berdua-duaan dengan perempuan, walaupun kamu berkata “SAYA MENGAJARKANNYA AL-QURAN”. (Imam Hasan al-Basri)
“Janganlah seorang lelaki di kalangan kamu berkhalwat (bersunyian) dengan seorang perempuan KECUALI DENGAN (ADANYA) MAHRAM.” (Hadith Riwayat Ahmad, Bukhari, dan Muslim)
“Tidak aku tinggalkan FITNAH YANG LEBIH BESAR selepasku yang lebih memudaratkan seorang lelaki melainkan PEREMPUAN .” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
dengan dalil-dalil ini, adakah masih terdetik dihati untuk bercinta? saya harap anda semua dapat memuhasabah diri anda juga buat diri saya sendiri. wallualam

RSS Feed (xml)