assalamualaikum wbt dan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ni.. hari ini tiba-tiba terdetik di hati sanubari saya betapa susahnya untuk mencari rezeki. rezeki tu ada di mana- mana cuma kita sahaja yang perlu mencarinya. ya, betul ungkapan itu. tapi pernahkah anda semua terbayang adakah rezeki itu halal? yakni bebas daripada segala unsur-unsur haram?pernahkah???
saya pasti tidak ramai daripada anda yang pernah terfikir akan hal ini.mungkin inilah kali pertama terfikir mengenainya.hahah... alhamdullah..tulisan saya sudah mampu mencetuskan idea ini dalam permikiran anda dan sudah pasti ligat otak anda memikirkannya.rezeki yang selama ini digunakan untuk makan, minum, membeli baju malah belajar. adakah itu semua dari sumber yang halal?
kerja cikgu misalnya memang bebas daripada unsur-unsur haram pada dasarnya namun pernahkah anda terfikir bahawa sumber wang gaji yang diberikan kepada seorang guru juga ada sedikit bahagiannya yang diambil daripada cukai hasil judi dan arak oleh kerajaan. anak-anak juga yang menjadi mangsanya. hmmm... tapi, kalau dah macam tu, semua yang kerja government tu makan gaji tak halal la?? dah tu memang tak boleh kerja dengan gomen la??hmmm.. pening kepala kn??
dalam keadaan begini, itu dipanggil mudharat di mana situasi ini tidak dapat dielakkan. namun, seseorang itu haruslah berusaha dahulu untuk mencari pekerjaan lain yang bebas dari perkara-perkara yang haram.akan tetapi, jikalau seseorang itu sudah tidak berupaya lagi mencari kerja yang halal dari segi pekerjaannya dan sumbernya maka termasuklah dia dalam golongan yang mudharat itu tadi.hal ini terbukti dengan pandangan dr mashitah yang mengatakan pelacur itu halal rezekinya sekiranya keadaan memaksa(mudharat) bagi seorang wanita itu. hal ini ditegaskan sekiranya tidak ada sebarang pekerjaan lain yang boleh dilakukannya untuk menyara keluarganya.
contoh lagi ialah bekerja dengan bank. hal ini kerana bank mengenakan faedah ataupun riba yang diharamkan disisi islam atas segala urusan pinjaman serta pajak gadai bukan islam. riba ini secara tidak langsung sedikit sebanyak diberikan kepada pekerja-pekerja bank tersebut sebagai gaji malah bonus yang sangat disukai oleh pekerja-pekerjanya.
nak cakap fasal halal dan haram ni memanglah sensitif..namun perkara ini cuma sekadar pendapat saya.jika ada sebarang komen, sila janganlah malu untuk menyatakannya kerana kita semua manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesalahan.wallahualam
Thursday, 7 April 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

RSS Feed (xml)
No comments:
Post a Comment